Phuket 1.o ; Unexpected Journey

Entry kali ini mengisahkan seketul Adilah yang sumpah dah insaf nak escape sembarangan lagi pasni tsk.

Penang-Bukit Kayu Hitam

Trip kali ni takda plan a year before macam gi Indon. Trip ni nama dia

” trip rebel “.

Dari Penang nak ke Imigresen sempadan tu dalam 4-5 jam jugak sebab kami pi masa Songkran. Memang nak pi tengok what is Songkran actually. Jadi, makannya jammed sebab orang kalut balik kampung, kita pun kalut sama naik. Lepas dah bertarung nak sampai ke Sadao Imigresen tu, kami pun meraikan kejayaan dengan lunch kat Sadao.

Processed with VSCOcam with c3 preset
Ayam goreng yang terngiang kriuk kriuknya setelah setahun makan.

Hatyai.

Alang-alang dah sampai Hatyai, kena la singgah sat mana patut. Suasana masa ni dah meriah, kiri kanan jalan dah mula nampak bergallon gallon baldi depa sediakan nak curah kat orang hat lalu , matilanak. Pistol air lagi lah merata, mark up harga dia boleh tahan gak. Lain kali nak datang, bawak pistol sendiri.

Hati-hati juga eh, ada certain yang tembak air campur tepung/bedak sekali. Jadi kereta kami masa tu, memang macam baru balik dari site 2.6billion kah! Kalau tengah jalan pun, depa calit je bedak sejuk kat muka kita, sampai hati, mentang kita ni tak berapa nak cerah isk isk.

IMG_4435
Teh tarik dia dah sama warna dengan bekas air mak aih.
IMG_4487
Teh tarik berbekaskan buluh je mampu hm.

Di pertengahan jalan yang entah di mana.

Stop by the pump station sebab lapar. Tak. Tak makan makanan dari pump station pun. Makan maggi sedap yang dibawa dari Malaysia. Makan pun dalam bekas air bamboo yang tadi beli dekat Hatyai. Sadis tak. Ni memang betul redah sampai pinggan apa tak prepare. Air panas? Ha, itu ambil dekat pump station sebab dia kasi free. Cuma beli Ovaltine yang banyak nak mapuh tapi RM 1.50 je! Ni paling cool about Thailand.

Processed with VSCOcam with g3 preset

Phuket (FINALLY!!! )

Krabi-tidur tengah jalan-Phuket entah la nak berapa jam it takes. Memang lama nak sampai. Entahlah give up nak describe lama dia tu sebab memang lama. Ku harap anda faham.

  1. The Big Buddha

Trip redah kan, so sampai ja Phuket baru search nak pi mana. This is one of the attraction lah. Actually banyak lagi, tapi disebabkan kekangan wang dan ringgit. Ini ja mampu haha cedey

IMG_4546

Tapi masa kami pi ni tengah construction sikit. Tapi still worth the time sebab its free and we just drop by nak tengok best sangat ke besaq ngat ke. Yes, its big. Nak ke sini berbukit, nasiblah Honda City 80K ni memang larat. Sejuk, a bit. Dari sini boleh nampak some harbour.

IMG_4553
Lihatlah donia laut terbentang lalu nikmat manakah yang kamu dustakan!

2. Promthep Cape-Windmill

Processed with VSCOcam with c3 preset
Kalau tengok dengan mata sendiri, masyaAllah memang cantik!

Processed with VSCOcam with lv01 preset

3. Karon Beach.

Its almost tengahari, badan dah letih. Again, takda hotel bagai nak rehat. Jawapnya, lepak pantai. At least boleh baring. Tak larat dah nak baring dalam kereta, ohmyy nak balik!

Tidur dalam kereta, makan dalam kereta, solat pun singgah masjid yang ada, kalau takda, cari tempat yang yakin bersih dan ikut kompas untuk kiblat. Selagi apa yang wajib, kita dahulukan.

4. Patong Beach

Kemuncak trip kali ini adalah di Patong Beach where everyone is here for Songkran 2015! Terasa excited sampai ke vein vein darah! Dah bersiap dengan pistol masing masing. Air memang disediakan for free. Air beserta ais ok. Memang sejuk! Start from the Bangla Road, havoc sangat! Majoriti omputeh lah sebab area situ memang banyak pub. Kiri kanan. Adegan tembak menembak (air ok air!) dah bermula. Water war! Sampai satu tahap, omputeh tadi dah menari nari tengah jalan. Aku dah mula rasa tak selesa, jadi ku membawa diri ke tepian jalan. Tolong acik tu jual pistol air lelong lelong sambil tengok kengkawan tengah berjoget dengan omputeh.

IMG_4741.JPG

Kalau kat tepi pantai, ada tarian tradisional dari dancers Thailand. Dengan angin sepoi, menari lemah gemalai. Adoyai layan! Malam tu memang dah buntu nak buat apa. Kalaulah pintu sukahati Doraemon tu wujud, memang nak balik rumah tidur atas katil!

Processed with VSCOcam with g3 preset
Area paling banyak kena calit bedak sejuk huhuhu.

Kembali pulang.

Disebabkan kerinduan amat pada tanah air ceyy padahal miskin masa masa ni hang memang insaf, tak kutuk dah negara sendiri. Masa ni lah hang rasa syukur sangat negara hang aman, minyak murah. Serious kalau hang rasa RON-95 yang 1.80 seliter dulu tu mahal, hang mai la Siam, minyak dia RM 3.00 se liter.Jadi, kami decide nak balik ke Malaysia segera. Segera dia tu sampai tak cek minyak kat tangki tu hmm memang dah bengap sangat sebab tetiba minyak dah berkedip kedip 😦 Memang dah tinggal nak stop ja kereta masa tu, aaaaaaa.

Sampai satu saat, aku memang nampak future aku ;

  1. Kena jual anggota badan sebab stranded dalam negara orang.
  2. Kena tolak kereta balik Malaysia which is 400-500km lagi.
  3. Call kedutaan Malaysia di Thailand.
  4. Hitchhikers.

Tapi sebab tuhan sayang hg, dia temukan hg dengan polis. Syukur! Dengan keseronokan sangat ” Sir, where’s the nearest pump station? ”

Dia diam. Alamak, jangan cakap hg tak pandai English ish pukui satgi 😦 Dia memang tak pandai la sampai guna bahasa isyarat. Hg paham jala bila ayam dengan kerbau cakap. Sorang kata rumput, sorang kata lumpur. Lampu mentol tadi yang baru acah acah nak menyala, padam teruihhhhh………..

Redha dan akhirnya kereta memang berhenti betul. Dia berhenti betul, mati. Kereta kami mati wehhhh saat semua pump station tutup sebab keesokkan harinya raya Songkran. Sama macam esok Aidil fitri semorang balik kampung kedai tutup kan melainkan kedai Cina dan India. Tapi sini depa satu bangsa bai. Masa tu ada lah dalam 10-11 jam lagi perjalanan nak ke Malaysia. Kalau nak tolak memang masuk Guinness World Book Of Record tapi saya tak kuat! Nasib baik, kereta mati masa betul betul berhenti depan 7E tepi pump station.

Sampai dah pagi, excited rasa nak isi minyak biaqlah sampai kering poket pun aku nak balik ja ni. Berangan nak breakfast sedap sebab makanan 7E dia memang padubeb! That moment bila hg cek dompet, hg tak jumpa.

Mau duk rilek dulu……..

Try cari lagi, memang tak jumpa. Impian nak makan, isi minyak memang punah dah masa tu. Kalau semalam minyak habis, harini dompet hilang. Bagai jatuh tergolek ditimpa gajah gemuk. Tapi aku chill gak. Depa dah isi minyak semua, gerak balik. Dengan dompet hilang guys. Ada Gopro dengan hati yang lara ja masa tu. Rasanya dompet kena curi sebab ada one time aku buka pintu kereta sebab sesak nafas, masa tu kot dompet jatuh and I saw 2 orang lelaki tengah gelak gelak nearby my car malam tu, tapi iols lena balik kihkih.

2 jam lagi sebelum sampai sempadan. Minyak kering balik. Isi pun sikit ja, masing masing dah takda duit. Duit aku banyak lagi, around RM200-300. Tapi dah hilanglah cerita dia. Aku perati ja tank tu dah hidup segan mati takmau. Aku cakap kat driver, isi minyak isi. Degil. Sampai satu tahap jadi macam semalam. Minyak dh tinggal setitis, duit ada 20-30 baht ja lagi. Apa hang nak buat?!

Masa tu, zikir ja dalam hati mintak pertolongan.

Sampailah hang  nampak minyak habis. Memang habis weh masa ni memang takda duit dah. Ada lagi 2jam nak sampai sempadan. Hahahhahahaa gelak kt diri sendiri sambil nangis! Ni makan dia acah impromtu tok hang. Apa hang nak buat minyak takda,duit takda kat negara orang yang tak reti berbahasa English. Nak buat apa bagitau jap?! Tapi masa tu jugak, slow slow tank minyak naik. Satu bar, dua, tiga, empat, lima, enam. Sampai 6 bar. Memang menjerit aku masa tu. Tak percaya sangat!

Haa mesti cakap aku tipu letew. Dak ni serious, aku tipu tak dapat buat paid review pun. Takda Shell, ke Petron ke nak amik aku jadi duta pun k. This is true.

Minyak dari Tuhan!Syukur! Minyak dari Tuhan!

Berkat minyak dari Tuhan yang6 bar tadi tu, sampai jugak kitorang ke pangkuan keluarga. Seronok masa tu lebih seronok dari dapat travel even hg memang suka travel. Sebenarnya, dalam kesusahan ni, kita dapat menghargai benda yang kita ada dengan lebih baik sebab manusia hanya akan bersyukur bila kita tengok ada orang merasai benda lagi susah dari apa kita rasa. Kita dapat sandarkan harapan dan doa hanya pada Yang Maha Berkuasa sebab dia je boleh tolong hang daripada tidak di kidnap dan dijual hmmm. Thank God aku masih ada 2 kidney huhuhuhu.

Walaupun trip kalini sedih, tapi tak sikit pun rasa nak quit travelling. Lagi banyak pengalaman, lagi banyak boleh cerita kat anak cucu dan dalam blog ni hehehhehe. Pack your things and go!

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s